laman_utama.png
pemimpin.png
biro.png
cawangan.png
berita.png
galeri_gambar.png
hubungi.png
pautan.png
email.png
admin.png

 

 

Daftar Masuk






Lost Password?
No account yet? Register

Siapa Online

Jumlah Pelawat

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Satu Malaysia Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia
Friday, 19 February 2010
gongxi.jpg
 
Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Satu Malaysia Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia
 
Tarikh : 20hb Februari 2010
Tempat : Jalan Chan Ah Choo Kg. Baru Pandamaran
Masa : 6.00 ptg Hingga 11.00 mlm
 
EXCO PPUBK,KP2 Cawangan & Tuan2/Puan2 dijemput hadir.
 
Terima Kasih.
 
Pemuda Ingatkan Australia Jangan Campur Tangan (www.pemuda.com.my)
Thursday, 18 February 2010

Oleh Kazman Kamal

Kuala Lumpur, 17 Febuari – Pemuda Barisan Nasional (BN) dan pelbagai pertubuhan belia hari ini menyampaikan kemarahan dan bantahan rakyat Malaysia kepada Kedutaan Australia berhubung tindakan 50 ahli Parlimen negara itu campur tangan dan menggesa kerajaan menggugurkan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

kjmemo.jpg

 

Dengan laungan slogan “Mind Your Own Business” kumpulan tersebut diketuai oleh Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin bersama lebih 500 belia dan komponen Pemuda BN yang lain berarak sejauh kira-kira 500 meter ke Pejabat Suruhjaya Tinggi negara itu.

 

Kemarahan rakyat turut terpapar pada sepanduk yang diarak, antaranya, “Jangan Campur Urusan Negara Kami”, “Mind Your Mess, The Abo, killing Of Indian, Students, Racism, Etc…”, “Judge Yourself First Before Judging Others” dan pelbagai sepanduk lain yang mengecam wakil rakyat Australia.

 

Khairy Jamaluddin pada sidang medianya berkata, kehadiran mereka pada hari ini adalah untuk mengemukakan nota bantahan seluruh rakyat Malaysia berhubung tindakan 50 Ahli Parlimen negara berkenaan yang seolah-olah mahu mencampuri urusan undang-undang negara Malaysia.

 

Beliau menegaskan, sebagai sebuah negara berdaulat, seluruh rakyat negara ini tidak dapat menerima tindakan berkenaan yang jelas ada niat untuk campur tangan dalam hal ehwal sistem kehakiman negara yang dijunjung oleh seluruh rakyat Malaysia.

 

“Kita telah nyatakan Malaysia adalah negara berdaulat dengan adanya keluhuran dan kedaulatan  undang-undang, dan kita tidak menerima langsung terhadap apa sahaja usaha, apa sahaja tindakan sedemikian rupa.

 

“Antara tuntutan kita hari ini ialah penarikan balik surat  tersebut yang telah dihantar oleh Ahli Parlimen yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Negara Luar Australia, Michael Danby, permohonan maaf oleh Michael Danby bagi pihak 50 Ahli Parlimen yang lain serta pendirian Perdana Menteri Australia, Hon. Kevin Rudd,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sejurus menyerahkan memorandum bantahan kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, H.E Penny Williams.

 

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Pemuda MIC, T.Mohan serta pimpinan Pemuda BN dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) belia yang lain.

 

Antara yang mengiringi Khairy masuk ke Pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia ialah, Razali, Mohan serta Ketua Penerangan Pemuda BN, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

 

Khairy turut mengingatkan 50 Ahli Parlimen Australia  itu tentang artikel 2, Piagam Bangsa-bangsa Bersatu yang menyebut prinsip tidak campur tangan dalam sistem perundangan negara luar.

 

Terdahulu sebelum itu, Khairy dalam ucapannya sebelum penyerahan memorandum berkenaan berkata, langkah tersebut membuktikan seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan belia bersatu menentang sebarang usaha campurtangan pihak luar dalam sistem perundangan negara.

 

“Kita nak ingatkan ini bukannya permusuhan antara Malaysia dengan Australia tetapi   adalah satu bantahan terhadap kebiadapan 50 Ahli Parlimen mereka,” katanya.

 
Program Jejak Pengundi Siri 3
Wednesday, 03 February 2010

Program "JEJAK PENGUNDI" siri 3 Umno Bahagian Klang ( Zon Telok Gong)

 

Tarikh : 05 Feb 2010 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Bilik Gerakan Umno Caw Kampung Tengah Telok Gong.

 

Exco Pemuda Bhg, Barisan kepimpinan pemuda cawangan2 zon Telok Gong dan mereka yg terlibat diwajibkan hadir.
Terima Kasih.

 
umno_klang.png

umno_copy.png

pemuda_umno.png

keahlian.png

pengundi.png

facebook.png

1sekolah.png
1malaysia.png
utusan.png
beritaharian.png

 

 

 

Dikelolakan Sepenuhnya oleh:
Biro Pendidikan
Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Klang

Penaung :
Zainuri Dato' Hj Zainal @ Zakaria

Pengerusi :
Mohd Effendi Dato Mohd Taib

Timbalan Pengerusi :
Nur Muazzam Syah Ismail

Ahli Jawatankuasa :
Affzal Nizam Azmi
Mohd Nazrul Dato' Mohd Amin
Sheikh Fakirah Dato' Sheikh Ahmad